JellyPages.com

" Be who you wanna be.. Say what you wanna say.. "

" Be who you wanna be.. Say what you wanna say.. "

Sunday, February 19, 2012

Rindu akan keriuhan mereka

Assalamualaikum wahai blog...
Selamat berhujung minggu ya..
ermmm...sebenarnya aku rindu sangat dengan anak buah aku yang comel dan cantik macam makcik dia nih..heeee..perasan kau lah!!
aku menunggu kepulangan dorang hari ni..tapi tidak muncul2...mungkin abang ipar kerja hari ni..jadi tiada driver kakak la tu..hehehe...kalau ada anak2 buah tak sunyi juga rumah ni..riuh dengan gelak tawa dorang...riuh dengan kenakalan dorang...huuuu....rinduuuuu!!!


This is my cute cute little baby Riena!! miss her..!



This is Wingky...not wikwiki! hehe...ke3 bongsu..



And this..Harry! si kurus yang nakal..hehe..yg no2..

Ada satu lagi anak buah yang tua...nama dia glamour sikit..TOMOK! hehe...tapi tiada gambar dia pula sini..

Rinduuuuu dorang semua! T__T






Tuesday, February 14, 2012

No Valentine Day.. I'm Muslim !

Assalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh...
Dengan nama Allah pencipta seluruh kejadian..
emmm...
Valentine day?

Mendengar kepada perkataan Valentine di atas,sudah pastinya semua pembaca tahu tentang Hari Valentine, Hari pasangan kekasih yang disambut bagi membuktikan kasih sayang pada 14 Februari setiap tahun oleh orang barat yang kemudiannya menjadi ikutan orang Asia seterusnya disambut juga oleh orang Islam.
Pelik kan, katanya kita ini seorang Islam, tetapi kenapa kita meniru ajaran agama lain?

Hadis Rasulullah s.a.w:" Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu".

Di dunia pun kita rugi kerana konon-kononnya "menghadiahkan" cinta dan kasih sayang kita kepada kekasih yang belum tentu akan menjadi pasangan kita hingga syurga. Inikan pula di akhirat?

Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam ?

Valentine Day adalah Hari cinta atau hari nafsu??

Tujuan mencipta dan mengungkapkan rasa kasih sayang di bumi adalah baik. Tetapi ianya bukanlah untuk seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Dan bukan pula ia bererti kita harus berkiblat kepada Valentine seolah-olah meninggikan ajaran lain di atas Islam. Islam diutuskan kepada umatnya dengan memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan yang abadi di bawah naungan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.

"Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti cintanya kepada diri sendiri".

Pada pendapat saya, cinta itu bukanlah hanya mengenai perasaan. Cinta itu adalah penghormatan, tanggungjawab, ambil berat dan menerima seadanya. Tetapi pada hari valentine itu, ramai remaja yang menyambut hari valentine bersama-sama sehingga menyebabkan keterlanjuran atau perlakuan sosial di luar batas. Dan pada pendapat saya, bila berkelakuan sedemikian, itu bukanlah cinta namanya tetapi nafsu.

Tak tahukah kita bila kita berdua-duaan itu akan ada pihak ketiga dan pihak ketiga itu adalah syaitan. Dan bila ada syaitan itu, dihasut-hasutnya kita supaya melakukan perkara yang dilarang Allah SWT. Dan bila kita melakukan perkara yang dilarang oleh Allah itu kita akan mendapat kesusahan dan juga dosa.

Oleh itu kepada para teman-teman yang saya hormati sekalian,
Tak usahlah kita menyambut Hari Valentine yang kononnya diangkat sebagai Hari berkasih sayang itu. Lebih baik kita berkasih sayang dengan Tuhan kita yang satu,Allah SWT kerana Allah itu kan bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim. InsyaAllah jika mencintai Allah dan menyayangi seseorang kerana Allah, kita akan mendapat manfaat dan kebahagiaan.
Akhir sekali , Menurut kata-kata peguam Zulkifli Nordin "VALENTINE" itu adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 pula adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana padanya Islam adalah Zalim!!! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga kita Semua dapat mengambil pengajaran.
Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol?

Terima kasih kerana sudi membaca! ^__^





Sunday, January 29, 2012

Ku Temui Ketenangan Ku

Assalamualaikum wahai blog ku yang sering terbiar....sorry...aku terpaksa merepek sekali lagi di sini yah..
( dah memang kerja kau pun jadi blog utk aku merepek ) ...

Happy kah aku?
Senang kah aku?
Tenang kah aku?
kalau tenang..YES...aku memang tenang...aku temui ketenanganku..aku temui kedamaianku..
nak tahu siapa? ALLAH!
Alhamdulillah..Syukur aku ucapkan padaNya...
Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang...

Aku tahu amalku tidaklah begitu sempurna..pengetahuanku juga kurang...
Tapi cukuplah bagiku aku tahu apa Agamaku..dan pada siapa aku harus berpegang...
Cukuplah bagiku mengenal erti islam agamaku sendiri...dan mengetahui batas2 yang islam telah tetapkan..apa yang haram dan apa yang halal..
Kesal aku sungguh kesal atas semua kesalahan yang telah aku perbuat di masa silam ku...
Sungguh besar dosa2 ku terhadap-Nya..
Tetapi...selagi Allah pinjamkan nafas ini padaku...dan selagi Allah tumpangkan aku di bumi-Nya ini..
Tidak aku lupa pada-Nya yang Satu...dia tempat ku meminta ampun atas dosa2ku..Dia maha mendengar segala doa2ku..
sesungguhnya Dia adalah ketenanganku...!
sesungguhnya Dia adalah kedamaian hatiku!
In sha Allah...
In sha Allah...
In sha Allah...

okey lah.....nanti lain kali aku merepek lagi ah...
mau mandi dan ingin menunaikan kewajibanku..

Assalamualaikum.. ^__*


" Sesungguhnya Allah mencintai hamba-Nya yg selalu takwa,selalu merasa cukup, dan berusaha menyembunyikan amal.." (HR Muslim)

"Ya Allah jangan putuskan harapanku untuk mendapat kurnia-Mu, lindungilah aku dari kejahatan Jin dan Manusia.. "

" Ya Allah Penuhi hatiku dengan rasa cinta pada-Mu dan takut pada-Mu.."

" Ya Allah, aku memohon kepadaMu dari segala kebaikan, baik yg cepat maupun lambat, apa yg aku ketahui dan apa yg belum aku ketahui.." (HR Ibnu Majah)



Amin..